KeHiDupAn iTu suAtu prOseS PembeLaJaRan

Assalamualaikum kepada semua sahabat- sahabat yang masih sudi bertamu di blog saya yang sudah lama x update ini.

Alhamdulillah, hari ni dah selesai paper ke-3 untuk final exam semester ini. Masih ada 2 paper menanti iaitu pada 5hb dan 7hb Mei nanti. Tiada apa yang boleh dikomen untuk paper2 yang sudah lepas. Cuma berdoa sentiasa supaya dilembutkan hati lecturer untuk memeriksa jawapan untuk soalan2 yang ditanya. Setakat ni, Alhamdulillah sudah berusaha dan telah pun cuba buat yang terbaik untuk exam. Moga keredhaan dan keberkatan dari ALLAH mengiringi perjuangan dimedan pepriksaan ini hingga ke akhirnya. InsyaALLAH

Rindu rasa nak update blog namun akibat kekangan masa, maka tangan- tangan ini tidak tergamak untuk menaip coretan- coretan terkini untuk dimuatkan dalam blog. Sebenarnya banyak sangat nak dikongsi, setiap hari banyak perkara yang berlaku. Setiap saat juga lah, diri dan hati kita ini sentiasa uji. Dan ujian- ujian inilah sebenarnya yang mematangkan diri kita serta menjadi pedoman dalam kehidupan.

Wahai sahabat2 ku, sedar tak bahawasanya kehidupan kita di dunia ini adalah suatu proses pembelajaran. Mengapa saya katakan hidup ini suatu proses pembelajaran??Cuba sahabat2 imbas kembali saat kita lahir ke dunia..sehinggalah sahbat2 sudah dewasa?? Adakah tanpa proses pembelajaran, mampukah kita hidup seperti sekarang? Bagaimana kita belajar merangkak, bertatih, berjalan, sehinggalah kita mampu berlari…semuanya melalui proses pembelajaran.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana kita masih diberi peluang bernafas di bumi milik Tuhan ini. Bersyukurlah kerana sepanjang hidup kita di dunia ini, kita diberikan berbagai2 ujian, cabran, dugaan,mehnah dan tribulasi. Segalanya adalah untuk mematangkan kita. Ujian yang diberikan kepada kita adalah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai orang yang boleh membezakan sesuatu itu betul atau salah, baik atau buruk dan yang paling penting sekali ialah dosa dan pahala.

Jika kita pernah jatuh di suatu lobang ditepi jalan, adakah ketika lalu di tepi jalan tersebut untuk kali keduannya kita akan terjatuh juga dilobang yang sama? Pastinya, kejadian tempoh hari mengingatkan anda bahawa disitu terdapat sebuah lobang maka kita kan berhati- hati agar tidak terjatuh untuk kali keduanya..

Disinilah kita dapat lihat konsep pembelajaran itu dari perspektif kehidupan kita di dunia ini. Setiap saat, setiap waktu kita perlu mebuat suatu keputusan untuk meneruskan kehidupan kita. Contohnya, untuk makan. Samada memilih untuk makan atau tidak,kalau ya..pukul berapa..dimana… lihat perkara sekecil itu pun kita perlu membuat keputusan..

Sahabat2 sekalian, apa yang cuba saya kongsikan disini ialah pertamanya jadikanlah iman dan taqwa itu sebagai panduan dan bekalan hidup kita. Carilah ilmu sebanyak mungkin, maka selepas itu pula amalkan dan sampaikanlah ilmu yang kita perolehi itu. Lengkapkanlah kehidupan kita didunia ini untuk bekalan diakhirat. Kehidupan kita ni, tak lama..sekejap je..bila2 masa ALLAH boleh ambil nyawa kita. Keduanya, sebelum membuat sebarang keputusan itu, pertimbngkanlah dengan sewajarnya supaya keputusan itu yang paling utama mndapat keredhan Illahi. Sahbat2 gunakanlah ‘solat istiharah’ itu sebagai pembuatan keputusan yang paling baik kerana ia datannya daripada ALLAH. Akhirnya, jadikanlah diri kita ni sebgai pokok kelapa kerana dari batang hingga ke buahnya member manfat kepada manusia. Jadilah kita seorang yang dalam sesuatu perkara itu memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, orang sekeliling serta  kepada ISLAM khususnya.

Sekadar itu sahaja renungan melalui pengalaman. Semoga ilmu yang sedkit ini, member manfaat kepda shbt2. InsyaALLAH

Leave a comment

Filed under TazKiRah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s