KISAH CINTA LUAR BIASA

copy paste from ukhuwah.com

Entri ni saya copy dan paste dari buku yang saya baca tajuknya tentang cinta..betapa kita tidak perlukan alasan untuk mencintai seseorang, hanya perlu membukapintu hati kita untuk menerima dan memberi cinta itu..renungkanlah the moral of this story..

Kisah cinta luar biasa
Memberi bukan untuk menerima

Mata saya memandang pusara Mak Lang. di sebelahnya pusara suaminya Pak Lang. saya tersenyum. Terbayang satu-persatu episod kenangan saya bersama mereka. Pak Lang meninggal sewaktu saya baru memulakan pengajian di universiti, mnakala Mak Lang pula menyusul tiga bulan kemudian. Mereka meninggal atas sebab biasa – kata orang sakit tua. Mak Lang seingat saya berusia 80 tahun ketika meninggal dunia, Pak Lang mungkin lebih lagi.

Mak Lang terutamanya tidak mengajar tentang inmu rumahtangga, tapi saya banyak belajar dari cerita-cerita dan amalannya.

“Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang?” tanya saya.
“Eh, kau ni..Pak Lang lau tu panas juga orangnya. Ada lah gaduh, tapi tak selalu..”

“Kalau gaduh, Mak Lang buat apa?”
“Pak Lang kau tu cepat reda, datang lah dia memujuk.”
“Wah, romantik juga ye. Apa kata-kata pujukan Pak Lang?” usik saya.

“Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah.. dia pujuk. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang..kemudian dia kata, jom masak sama-sama.”
“Apa kau tanya-tanya ni.. Mak Lang bukan pandai sangat. Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi.”

“Taklah Mak Lang, saya cuma nak dengar kisah-kisah Mak Lang. dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya,” akui saya terus-terang.
“Garang-garang pun dah suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang kamu..”
“Maksud Mak Lang?”
“Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang nanti mesti begitu, begini.. hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakadnikahkan. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti.. kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak-anak.. Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat sahaja. Tak pandai pasang angan-angan.”

Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengetahui falsafah ilmu rumahtangga. Tetapi hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.

“Mak Lang belajar urut-urut tak?”
“Manalah ada.”
“Habis.. kata Pak Lang dulu Mak Lang pandai mengurut?”
“Gurau dia saja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhencot-hencot dia balik ke rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan saja. Baik pula. Sejak tu, bila apa-apa sakit, dia cari Mak Lang.”
“Mak Lang tahu cakar harimau?”
“Apa tu?”
“Eh, tak ada lah. Apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni?”
“Urut dengan hati kita..kerana sayang, kasihan, kasihkan dia. Bukan sekadar nak ambil hati.”
“Kerana nak beri kasih sayang, bukan nak dapat kasih sayang?” Tanya saya.
“Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap-cakap macam tu.”

“Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak Lang?”
Dia diam tiba-tiba. Tapi Mak Lang memang relaks. Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak Lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa. Berdoa, baca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempurnaan jenazah.

“Sembang-sembang Pak Lang kamu…” katanya pendek.
“Sembang-sembang saja?” ujar saya hairan.
“Ya, sembang-sembang Pak Lang kamu adalah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang dia memujuk, memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih..”

“Bila Pak Lang suka sembang?”
“Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersembang sewaktu Mak Lang membuai anak..dia lipat kain. Sekali-sekala sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tidak pernah tinggalkan ialah sembang malam. Sembang-sembang menjelang tidur.”

Saya senyum. Dengan pemikiran yang simple, bahasa dan istilah yang mudah Mak Lang berkisah – praktik ilmu-ilmu motivasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya orang kampung, mereka hanya menulis dalam kehidupan. Berceramah dengan amalan harian.

“Siapa yang kuat sangat nak hantar anak-anak belajar tinggi?” Tanya saya.
“Kami berdua. Tak nak anak-anak susah.. Pak Lang kamu tak belajar tinggi. Setakat tahu baca dan mengaji sahaja. Tapi dia yakin, nak berjaya masa akan datang mesti dengan ilmu.”

Anak sulung mereka menjadi seorang jurutera. Manakala yang kedua menjadi seorang guru. Ketiga, polis dan yang bongsu seorang doktor.

“Mak Lang mengajar mengaji kan?”
“Mak Lang tekad. Anak-anak mesti khatam al-Quran di tangan Mak Lang sendiri. Wuduk, solat, taharahnya dah diajar sekolah. Pak Lang cuma tengok perbuatannya di rumah. Dia garang, tak berani anak-anak nak tinggal solat..dirotannya!”

“Apa falsafah hidup Mak Lang?”
“Mak Lang tak pandai.. Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. rasa kami sama, sebab selalu bersama..”
“Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama.. Kenapa Mak Lang?”
“Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang selalu buat macam ni.. Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya, Mak Lang rasa dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada..yang ada Cuma Pak Lang.”

Wah, ini lebih tinggi daripada prinsip 7 habits, Steven Covey – Seek to understand than to be understood.

“Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?”
“Sekali sekala datang juga pertanyaan macam tu. Tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan..”

Ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumahtangga – unconditional love.

Saya renung buat kesekian kalinya pusara Mak Lang. Sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. Namun setelah saya berumahtangga kini, terbayang satu-persatu kata-kata bersahajanya. Mereka bukan wira yang perlukan tunggu kenangan. Atau negarawan besar yang perlu diberi pangkat atau gelaran. Mereka hanya manusia biasa, yang menjadi luar biasa dengan sikap biasanya – jujur, telus dan tulus. Memberi bukan untuk menerima!

p/s: cinta yang sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan kelebihan dan tidak pula berkurang kerana kesalahan dan kelemahan

1 Comment

Filed under CERPEN Copy& paste

One response to “KISAH CINTA LUAR BIASA

  1. farhanaabubakar

    CERITA YG PENUH DGN ILMU…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s