AGM PMFEP 2008/2009

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, AGM PMFEP tadi telah pon berjaya dan selesai dengan aman dan damai. Lumrah kehidupan kampus saban tahun AGM Fakulti akan diadakan bagi menukar tampuk kepimpinan. AGM ni serupa lah macam Pilihanraya Kecil jika dalam konteks politik luar. Cara dan matlamat perjuangan adalah sama. Cuma suasana agak berbeza.

Seperti biasa setelah Pilihanraya Kampus berlalu, pasti kerusi Persatuan Mahasiswa Fakulti ialah kerusi panas yang dinanti- nanti dan ingin direbut oleh 3 golongan iaitu Chinese, Pro- Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Tidak ketinggalan bagi kerusi di fakulti kami iaitu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

AGM PMFEP

Pada asalnya AGM PMFEP diadakan pd 6 Februari 2009 namun begitu akibat campurtangan ‘insan terpilih’ dr PMUKM menyebabkan AGMPMFEP terpaksa ditunda pada 14 Februari 2009. Malam tadi menyaksikan persaingan 2 pihak antara Melayu dan Cina. Pada awal jangkaan kami akan berlaku persaingan 3 penjuru apabila budak ‘A’ buat kacau mengenai isu AGM dan borang pemilihan. Namun begitu apa yang menghairankan, setelah budak ‘A’ nie buat kacau minggu lepas, tapi malam tadi batang hidung dorang pon tiada. Tu menyebabkan pimpinan PMFEP memang geram habis la. Buat kacau n kecoh ingat nak dtg AGM..tengok2 xdatang juga. Terima Kasih la kepada 3 YB baru kita tu.

POLITIK dan TUJUANNYA

Kita dapat lihat segelintir pihak dr kalangan Mahasiswa itu sendiri suka mengambil jalan tengah dengan tidak terlibat dengan politik kampus. Selalu kita dengar..’malas la nak msk cmpr hal politik’..’saya xsuke politik2 ni’..Itulah silapnya orang Islam, yang beranggapan politik itu suatu bende yang kotor dan perlu dijauhinya. Jangan sempitkan fikiran dengan bersangka buruk.

Dalam Islam, jelas politik merupakan alat untuk mencapai matlamat. Islam menjelaskan bahawa sesuatu pertubuhan/organisasi/persatuan perlu lah mempunyai matlamat yang jelas mengenai matlamat penubuhan dan dasar perjuangan. Untuk mencapai, dasar perjuangan itu mestilah melalui politik. Namun begitu, tunjang sesuatu prtubuhan itu adalah ‘tarbiyah’. Ia sangat penting supaya orang yang terlibat dalam sesuatu itu tidak lari dari Islam itu sendiri.

Jika kita lihat sejarah Islam zaman para nabi dan sahabat. Bagaimana mereka menyebarkan dakwah itu adalah dengan berpolitik. Apa matlamat mereka? Iaitu untuk menyebarkan Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam. Apa cara mereka? Mereka menggunkan politik bagi mencapai matlamat itu. Apa pula politik itu?

 

AGM dan Tujuannya.

 berlakunya perubatan kuasa? Pasti ada yang tidak berpuashati dan mungkin juga tertanya- Tanya mengapa ada puak- puak dan perubatan. Pada saya, sesuatu organisasi itu perlu mempunyai pemimpin yang betul- betul memahami Islam dan juga mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Maka barulah jadi kepimpinan yang berlandaskan Islam. Pemimpin dalam Islam perlulah mempunyai suatu sikap yang menjadi tauladan dan contoh kepada orang lain. Sebgai seorang pemimpin tanggungjawab yang dipikul amatlah besar kerana bukan sahaja tujuannya untuk memimpin namun untuk berdakwah kepada keseluruhan mahasiswa. Sebab itu, pemmpin yang ingin kita pilih dan naikkan perlulah memahami peri pentingnya jemaah  Islam dan tujuannya. Cubalah shbt2 fikirkan sebaliknya??

TAHNIAH & TAKZIAH

Tahniah kepada mereka yang terpilih dan dipilih bagi menerajui kepimpinan PMFEP sesi 2009/2010 serta takziah juga kepada mereka kerana telah terletaknya tanggungjawab yang sangat  berat yang perlu dipikul dengan amanah. Ingatlah adik- adik dan sahabat- sahabat…Islam tidak pernah mengajar seseorang itu untuk mendambakan sebarang jawatan namun amanah yang telah dipertanggungjawabkan pada bahu kalian itu adalah amanah dari Allah. Jagalah, sayangilah dan peliharalah ia agar ia bukan menjadi fitnah kepada Islam. Jawatan bukan untuk dibangga- banggakan namun untuk digunakan bagi menyempurnakan dakwah islamiyah. Wallahua’lam

 

 

2 Comments

Filed under AkTiviTi-AktiviTi UkhuWaH CommUniTy

2 responses to “AGM PMFEP 2008/2009

  1. farhanaabubakar

    SALAM..
    SETUJU SGT DGN ENTRY AKK NI..

    SY TERTANYA2..
    KE MANAKAH MENGHILANGNYA INSAN YG MEMPORAK-PERANDAKAN TARIKH AGM ASAL…
    INGTKAN NK DTG BWK KRONI…

    YA..
    JAWATAN BUKAN UNTUK DIBANGGAKAN..
    TAPI UNTUK DILAKSANAKAN AMANAH YG DIBERIKAN…

    DOAKANLAH UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA..
    MOGA MATLAMAT KITA UNTUK BERJAYA D DUNIA DAN AKHIRAT TERCAPAI..

    WALLAHUA’LAM

  2. Pingback: ~Kejutan AGM~ « ~Mulanya Di Sini~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s