Meeting…meeting..dan meeting…!!!

Salam. pada sahabat2 seperjuangan yang masih xjemu2 men ‘visit’ blog saya yang tak seberapa ini. Hari nie, nak bawak satu cerpen yang rasanya…kita sebagai orang yang ingin ‘bawa islam’ kat kampus ni, boleh amek iktibar. Bila baca…rase2nya..terkena kat batang hidung sendiri. Watak ‘tariq’ tu boleh ditukar kepada diri saya sendiri..mungkin juga sahabat2 rasa macam diri sahabat juga. Saya nak mengajak la…diri saya n sahabat2 kita ‘explore’balik ‘hati’kita nie macam mane..Tahniah pada mereka…yang xpenah rasa apa yg ‘tariq’ rasa. Tp, bagi saya…kadang2 saya pon mcm tu..begitulah sahabat2, syaitan dan iblis xkan pernah berhenti menghasut hati2 manusia nie. Lagi2, hati2 yang iman nya sangat lemah. Alhamdulillah, cerpen ini dapat menyedarkan saya. Benarlah…’Tiada perjuangan tanpa kepahitan…maka, berjuanglah dengan kepahitan sesungguhnya yang menanti kita diakhirnya adalah sesuatu kemanisan yang bisa melupuskan rasa kepahitan itu’. setiap perbuatan kita akan ‘dibayar’ tak kira la yang baik o yg xberapa baik..so, think about that…Boleh fikir sendiri kan.Pada sahabat2, saling ingat mengingatilah sesama kita, kita xkan lari daripada kelalaian. Tegurlah, ingatkanlah, nasihatkanlah…bila saya tersilap langkah..syukran..sahabat

SELAMAT MEMBACA!!!

Usrah, Meeting, Program dan…?
http://www.iLuvislam.com
mudzakkir
editor : kasihsayang

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya… Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi… “Ahh… Malas la nak fikir, tidur lagi bagus”, detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.


Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil ‘menunduk-nudukkan kepala’ tanda sangat ‘khusyuk’ dalam zikirnya. “Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah..”
“Tariq…! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka”, tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. “Alamak… kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah”, getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi ‘bergelombang’ sayup-sayup layu mata memandang.


Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. “Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program.” Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. “Meeting lagi”, keluh hatinya. “Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak”, tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah ‘tidur’ jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.


“Ishh… Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?” tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. “Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni”, cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.


Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. “Alhamdulillah…” syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, “Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota”. Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. “Habis la aku kali ni… Satu apa pun aku tak baca”, kata hatinya.


Timbullah suara-suara jahat Azazil: “Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab…!”. Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: “Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah.” Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.


“Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan…”, kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. “Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa”, tambahnya lagi. “Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study“, kata Tariq. “Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya”, jawab Pak Cik Murabbi. “Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?” tambahnya.


“Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study“, tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: “Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak.” Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.


Namun, Tariq bertanya: “Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?”. Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: “Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau…”, sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. “Terima kasih atas nasihat Pak Cik”, kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan… AKADEMIK semasa belajar dahulu.


“Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.”
(Pepatah Arab)

 

Leave a comment

Filed under CERPEN Copy& paste

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s