Surat dari WALES,UK

Waalaikumussalam.

 

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi, Cik Seri sungguh gembira menerima kiriman email dari kakak, terasa nak sangat terus reply, tapi masa kurang mengizinkan…

 

Terlalu banyak rasanya perkara yang ingin dibicarakan, CikSeri rasa acik memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk membalasnya. Walau bagaimanapun, buat masa ini Cik Seri cuba juga membalas email kakak tetapi belum dapat menjawab semua perkara yang kakak nyatakan dan mungkin perlu kita bincangkan..

 

Alhamdulillah, acik sungguh gembira mengetahui perkembangan positif dalam diri kakak, untuk pengetahuan kakak itulah yang Cik Seri harapkan sejak kakak kecil dahulu, tetapi pastinya kakak tak tahukan, rahsia hati Cik Seri. Kalau kakak masih ingat, sebenarnya kakak telah mula terdedah dengan gerakan jemaah dan `hadir’ mesyuarat semasa Cik Seri membawa kakak bermalam di UM lebih 10 tahun yang lalu.

 

Apabila kakak menjejakkan kaki di UKM, bahkan di matrik lagi Cik Seri telah berhasrat untuk menarik kakak kepada jamaah, Acik Zuhdi pun ada ingatkan acik tentu perkara ini, tetapi masa dan keadaan agak kurang memberi peluang untuk kita berbicara secara dekat, Cik Seri hanya mampu berdoa dan mengharap dari kejauhan agar kakak akan `dihubungi’ oleh mereka yang `sepatutnya’ di kampus.

 

Cik Seri sungguh gembira dan bersyukur apabila akhirnya kita berada dalam perjuangan yang sama, semoga kita istiqamah di atas jalan ini dan akan menguatkan antara satu sama lain. Cuma satu perkara yang membuatkan acik sangat terkilan ialah bukan acik yang membawa kakak ke jalan ini. Walau bagaimanapun alhamdulillah Allah telah memberikan takdir yang terbaik buat kakak seperti yang acik harapkan, jika tidak pastinya acik akan berasa amat menyesal.

 

Rasanya, bicara ini terpaksa dihentikan setakat ini dahulu, insyaAllah acik akan hubungi kakak lagi. Pesanan acik, yakinkan diri dalam apa jua yang kakak usahakan, insya Allah selagi ia bertujuan  untuk mencari keredhaan Allah, Allah pasti sentiasa bersama kita sama ada dalam keadaan susah atau senang. Teruskan perjuangan tanpa rasa ragu, adalah lumrah sekali sekala timbul perasaan ragu, syaitan sememangnya suka datang mengganggu, banyakkan berdoa dan pohonlah petunjuk dan kekuatan dari Allah, insya Allah segala perkara yang membebankan akan terasa lebih mudah dan ringan.

 

Sayang dari acik.

Wales, UK.

 

 

Leave a comment

Filed under 'diaRi seOrang KhalifaH AllAh'

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s