DEMONSTRASI AMAN UKM

PENYERAHAN MEMORANDUM

Menuntut Pilihan Raya Kampus ADIL& BERSIH

17 Oktober 2008, Bangi. Suatu Demonstrasi Aman telah dilaksanakan oleh sekumpulan Mahasiswa- mahasiswi IPTA sekitar Lembah Klang. Demonstrasi yang diadakan di hadapan Dewan Censelor Tun Abdul Razak ini Berjaya menarik perhatian ratusan pengunjung, mahasiswa, mahasiswi dan juga pentadbiran UKM, Bangi. Demo ini bertujuan untuk mendesak agar Pilihan Raya Kampus di adakan secara Adil, Tulus & Bersih.

Saban tahun kampus- kampus menyerahkan memorandum menuntut PRK bersih..Namun,apa yang mengecewakan  sudah 5 tahun permintaan tersebut tidak di endahkan oleh mana- mana pihak pentadbiran Universiti- universiti dan juga kementerian. Melihatkan tiada respon positif sekumpulan Mahasiswa- mahasiswi bertindak untuk menyerahkan sendiri Memorandum tersebut kepada Datuk Khalid Nordin yang merupakan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi. Datuk Khalid Nordin menjadi jemputan bagi merasmikan Karnival Kerjaya 2008 di mana Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Majlis penyerahan memorandum tersebut pada mulanya diadakan secara aman namun, berlaku sedikit pertelingkahan apabila pihak Pegawai Keselamatan Wisma Aman cuba bertindak kasar kepada mahasiswa. Laungan ‘Student POWER’ , memecahkan suasana dihadpaan Bangunan DECTAR. Selain itu, simbolik kepada demonstrasi aman ini ialah apabila mahasiswa/i  memegang dan menjulang bunga putih kekuningan  sebagai tanda sokongan dan desakan kepada tuntutan tersebut.

Kelihatan juga pihak media massa bercetak dan elektonik seperti RTM,  membuat liputan di tempat kejadian. Apa- apapun, bukan publisiti murahan yang dicari tapi perhatian dan janji- janji pentadbiran dan KPT yang ditagih.

Ucapan daripada wakil- wakil mahasiswa IPTA terhadap Kementerian turut diadakan. Beberapa pihak juga cuba berunding dengan Pegawai Keselamatan UKM dan juga pihak Kementerian bagi meredakan keadaan.  Hasil rundingan tersebut, pihak KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI berjanji akan memberi perhatian kepada Memorandum tersebut dan satu surat bertulis akan diserahkan kepada Wakil- wakil Mahasiswa pada hari Isnin 20 Oktober 2008. Majlis di akhiri dengan doa dan nyanyian lagu Negaraku.

Akhir kata, semoga Mahasiswa/i terus bangkit mempertahankan maruah mahasiswa/i di seluruh kampus yang pada masa kini dilihat begitu mudah dipijak- pijak dan diperkotak katikkan oleh segelintir  pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan tertentu. Sekian, Wassalam.

2 Comments

Filed under UcApan YB..

2 responses to “DEMONSTRASI AMAN UKM

  1. missHAMKA

    Chayoo..kembalikan hak mahasiswa!!

  2. missHAMKA

    chayoo!! kembalikan hak mahasiswa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s