AbU BaKar Al- MisKi

Ketaqwaan dan keimanan pada Allah adalah asas kebahagian seseorang di dunia dan akhirat…selain itu ia juga akan menentukan darjat kita disisi Allah Rabbul Izzati…namun untuk mencapai asas inilah berbagai perkara perlu ditempuhi oleh setiap muslim:marilah kita sama-sama hayati kisah Abu Bakar Al-Miski.Beliau merupakan seorang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.Pada suatu hari, seorang hamba Allah telah bertanya kepada beliau…Mengapakah engkau sungguh wangi…seharum bau kasturi…??Lalu Abu Bakar Al-Miski menceritakan kisahnya yang berbau kasturi itu.

“Pada suatu hari aku dalam perjalanan ke masjid, lalu mendengar suara seorang wanita menjerit meminta tolong, bahawa ibunya sakit… lalu aku pergi ke tempat suara itu… setibanya aku disitu aku mendapati seorang wanita menyuruhku masuk kedalam rumahnya… bila aku masuk rumah itu barulah aku tahu bahawa rumah itulah adalah milik seorang pelacur.. pelacur tersebut menyuruh orang suruhannya mengunci pintu… lalu mengajak aku untuk bersama dengannya. .barulah aku sedar bahawa aku tertipu…

namun dengan rasa takut terhadap Penciptaku. Aku menolak ajakannya…. pelacur tersebut mengugut aku yang dia akan menjerit sekiranya aku menolak permintaannya itu… Selepas puas aku berfikir… lalu aku katakan padanya bahawa aku ingin membersihkan diri terlebih dahulu… dan minta izin untuk ke bilik air… pelacur tersebut menguzinkan aku dan menyuruh orang suruhannya menuruti aku.. masuk dalam bilik air… aku qada hajat… lalu melumurkan najis tersebut di badanku… dan terus keluar tanpa membersihkannya… sejurus aku menghadap pelacur tersebut… aku dihalaunya keluar kerana bau busuk yang tidak dapat ditahan..

jadi aku terselamat dari dosa dan maksiat… aku terus pulang kerumah dan membersihkan badan… pada malam tersebut aku bermimpi… atas ketaqwaan aku terhadap Allah, kerana aku menolak peluang dihadapan mata… maka aku dianugerahkan haruman kasturi dan digelar manusia paling wangi… Beginilah caranya aku beroleh gelaran tersebut…” marilah kita mencontohi Abu Bakar Al-Miski.”

 

 

 

 

Leave a comment

Filed under KiSaH paRa NaBi& SaHabAt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s