3 gudang syurga…

tazkirah hari ini…

Abdul Aziz bin Abu Rowwad baerkata : “Ada tiga perkara dari gudang-gudang syurga iaitu :

1.   Menyembunyikan perasaan duka pada saat ditimpa musibah.
2.   Menyembunyikan penyakit.
3.   Menyembunyikan sedekah

Leave a comment

Filed under TazKiRah

MajLiS pErKaHwiNan kAk RahMah

Salamualaikum

 

Hari ni merupakan Majlis Perkahwinan Kak Rahmah dan Kak Im…Kak Rahmah di Klang manakal Kak Im di Johor. Mereka berdua ni merupakan ahli Ukhuwah Club..Namun begitu, kami hanya sempat ke majlis Kak Rahmah kerana lebih dekat berbanding majlis kak Im..

Actually, tidak merancang sangat nak p sebab exam. Namun, sebagai seorang sahabat kita tidak boleh la mementingkan diri sendiri..maka luangakn juga masa untuk menghadiri majli perkahwinan. Erm..berbalik cerita tadi..semalam yakni hari Jumaat kami merancang nak p. Kami sewa kereta…so, yang pegi saya, Rahmah, Firdaus dan Fikri..kami pergi berempat..ahli2 yang lain sume xdpt p memandangkan masing2 ada hal lain…

kak rahmah dan suami

kak rahmah dan suami

Kami bertolak kul 8.30 pagi..awalkan..actually singgah rumah saya jap..sebab dekat je dengan umah kak rahmah. Tiba di rumah saya lebih kurang pukul 10 pagi..saja kenalkan sahabat2 dengan mak ayah..makan, minum dan borak2 jap ada lah lebih kurang kul 11..

Antara yang hadir: fikri, abg syiful(alumni)

Antara yang hadir: fikri, abg syiful(alumni)

Jam 11 pagi kami bergerak ke rumah kak rahmah…sebelum tu singgah p bli hadiah jap..nak tau kami bg hadiah apa????hahaha..adalah..biarlah rahsia…nak tau Tanya kak rahmah.hadiah tu wakil dari Ukhuwah Club..

Tiba di rumah kak rahmah jam 12 tgh hari…makan, jumpa alumni2 UC kat sana, berborak dan bergambar…lebih kurang jam 1 pagi kami pon bertolak pulang ke kampus…

Nak kata penat tu tak lah…tp, letih sebab panas terik..jalan pun banyak kereta..

Akhir kata,

Syukran pada Ustaz Firdaus yg memandu, ustaz Fikri menjadi PA kepada pemandu…he3..kepada Rahmah juga..syukran(antara saya n rahmah je tau..he3)..

Ucapan dan doa untuk pasangan mempelai..

TAHNIAH!!! Selamat Pengantin Baru diucapkan..semoga berbahgia hingga ke akhir hayat..

Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH..selamanya..

Kami doakan akak menjadi isteri yang solehah…dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri

Syukran menjemput kami..

1 Comment

Filed under 'diaRi seOrang KhalifaH AllAh'

CarA meNasiHati oRang yAng lEbih tuA..

Salam..

Rabu baru2 ni…saya berkesempatan menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh pensyarah di surau fakulti..

 

Semasa sesi soal jawab..seorang sahabat bangun dan bertanyakan soalan:

“salamualaikum..ustaz. Ana nak tanya.bagaimana cara kita nak menegur ibu bapa/org yg lebih tua.yakni, pendekatan yang seharusnya digunakan untuk nak mengajak ibu bapa ke arah yang lebih baik?”

 

Ustaz menjawab:

” Erm..saya xdapat nak kenalpasti cara yg terbaik. Sebab tiada pengalaman kpd org yg lebih tua.”

 

namun begitu ustaz meneruskan ulasan beliau

“Saya ada pengalamn dengan adik sy sendiri. Dia ni lain sikit dr family yg lain. puas sy fikir cr mcmmane nak tegur..yela, darah dgg sendiri. Fikir py fikir..saya tulis satu surat bg dia bc..dlm surat tu sy tulis mcm2..n then Alhamdulillah..berkesan..dan dia kini dah pun berubah menjadi yg lebih baik”

 

Ustaz juga ada menyarankan kepada sahabat yg bertanya tadi

” Buat solat hajat untuk ibu bapa kita, doakan mereka..supaya dibukakn pintu hati. Hidayah itu milik ALLAH..hanya kpd ALLAH shj kita bermohon”

Harapnya, secebis ilmu yg saya kongsikan ini..membantu sahabat2

Pernah dulu, sahabat sy kata…

petua nak lembutkan hati orang..”bacakan surah yassin dan sedeqahkan kpd org yg nk dilembutkan hati tadi, InsyaALLAH”

 

wallahua’alam..

Leave a comment

Filed under TazKiRah

saLaM taKziAh buaT Muni seKeluaRga

Salam hormat dan salam ukhwah.

Semalam salah seorang sahabat kami di Ukhwah Club telah kehilangan bonda tercinta pd jam 10.30 malam. Arwah meninggal dunia di ICU,Hospital Serdang. Sahabat kami ini bernama Nur Munirah bt Suib. Telah lebih kurang sebulan emak nya dihospital. Kepada sahabat seperjuangan kami Muni…tabahkan hatimu dik..saat orang lain bergelumang dengan buku2 dan nota2 utk peperiksaan, Muni bersengkakng mata menjaga arwah ibunya yang tersayang.

Jam 3 pagi semalam ada sebahagian sahabat Ukhuwah Club yang ke sana utk menziarahi Muni dirumahnya dibangi. Jam 8 pagi tadi kami di ahli semasa Ukhuwah Club serta alumni Ukhuwah Club telah bergerak ke rumah Muni utk ziarah dan solat jenazah.

Jenazah siap dimandikan dan dikafankan lebih kurang jam 9 pagi. Seterusnya, disolat jenazahkan untuk kali pertamanya jam 10.30 pagi. Jenazah telah dikebumikan selepas solat jumaat atas sebab2 tertentu.

Fakta:

– semalam pagi juga kakak Muni telah melahirkan anak di Hospital Serdang

– dan seorang kakaknya lagi, tengah menunggu saat melahirkan anak juga di Hospital yang sama

– Jam 10.30 malam ibunya kembali ke rahmatullah

Di pihak saya, saya mendokan arwah ibu muni ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Semoga jenazahnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Kepada Muni khasnya, semoga diberikan kekuatan oleh ALLAH, dugaan yang hebat untuk Muni. Sabar ye dik…ALLAH menyayangi muni…hanya ALLAH yang lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA. Kepada seluruh ahli keluarga Muni..kuatkan semangat, terutamanya akak2 muni..kami tau akak2 seorang yang tabah. Melihatkan wajah akak2 yang redha itu menjadi penguat kepada adik2 dan ahli keluarga yang lain.

Kepada sahabat2 seperjuangan Ukhuwah Club:

Semoga ikatan ukhuwah antara kita menjadi pembakar semangat antara satu sama lain. Semoga pahitnya perjuangan, peritnya dugaan dan cabaran, sukarnya mehnah dan tribulasi yg kita tempuhi bersama menjadi api yang menyemarakkan haruman kemanisan dlm perjuangan menegakkan agama ALLAH ini. Lihatlah keindahan jika pertemuan dan perpisahan itu hanya kerana ALLAH semata- mata. Ukhuwah Fillah…sahabat2 ku…rapatkan ukhuwah, semarakkan kasih sayang antara kita…InsyaALLAH itulah merupakan kekuatan bagi sebuah Jemaah Islamiyah.

Wallahua’lam

Leave a comment

Filed under UcApan YB..

KeHiDupAn iTu suAtu prOseS PembeLaJaRan

Assalamualaikum kepada semua sahabat- sahabat yang masih sudi bertamu di blog saya yang sudah lama x update ini.

Alhamdulillah, hari ni dah selesai paper ke-3 untuk final exam semester ini. Masih ada 2 paper menanti iaitu pada 5hb dan 7hb Mei nanti. Tiada apa yang boleh dikomen untuk paper2 yang sudah lepas. Cuma berdoa sentiasa supaya dilembutkan hati lecturer untuk memeriksa jawapan untuk soalan2 yang ditanya. Setakat ni, Alhamdulillah sudah berusaha dan telah pun cuba buat yang terbaik untuk exam. Moga keredhaan dan keberkatan dari ALLAH mengiringi perjuangan dimedan pepriksaan ini hingga ke akhirnya. InsyaALLAH

Rindu rasa nak update blog namun akibat kekangan masa, maka tangan- tangan ini tidak tergamak untuk menaip coretan- coretan terkini untuk dimuatkan dalam blog. Sebenarnya banyak sangat nak dikongsi, setiap hari banyak perkara yang berlaku. Setiap saat juga lah, diri dan hati kita ini sentiasa uji. Dan ujian- ujian inilah sebenarnya yang mematangkan diri kita serta menjadi pedoman dalam kehidupan.

Wahai sahabat2 ku, sedar tak bahawasanya kehidupan kita di dunia ini adalah suatu proses pembelajaran. Mengapa saya katakan hidup ini suatu proses pembelajaran??Cuba sahabat2 imbas kembali saat kita lahir ke dunia..sehinggalah sahbat2 sudah dewasa?? Adakah tanpa proses pembelajaran, mampukah kita hidup seperti sekarang? Bagaimana kita belajar merangkak, bertatih, berjalan, sehinggalah kita mampu berlari…semuanya melalui proses pembelajaran.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana kita masih diberi peluang bernafas di bumi milik Tuhan ini. Bersyukurlah kerana sepanjang hidup kita di dunia ini, kita diberikan berbagai2 ujian, cabran, dugaan,mehnah dan tribulasi. Segalanya adalah untuk mematangkan kita. Ujian yang diberikan kepada kita adalah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai orang yang boleh membezakan sesuatu itu betul atau salah, baik atau buruk dan yang paling penting sekali ialah dosa dan pahala.

Jika kita pernah jatuh di suatu lobang ditepi jalan, adakah ketika lalu di tepi jalan tersebut untuk kali keduannya kita akan terjatuh juga dilobang yang sama? Pastinya, kejadian tempoh hari mengingatkan anda bahawa disitu terdapat sebuah lobang maka kita kan berhati- hati agar tidak terjatuh untuk kali keduanya..

Disinilah kita dapat lihat konsep pembelajaran itu dari perspektif kehidupan kita di dunia ini. Setiap saat, setiap waktu kita perlu mebuat suatu keputusan untuk meneruskan kehidupan kita. Contohnya, untuk makan. Samada memilih untuk makan atau tidak,kalau ya..pukul berapa..dimana… lihat perkara sekecil itu pun kita perlu membuat keputusan..

Sahabat2 sekalian, apa yang cuba saya kongsikan disini ialah pertamanya jadikanlah iman dan taqwa itu sebagai panduan dan bekalan hidup kita. Carilah ilmu sebanyak mungkin, maka selepas itu pula amalkan dan sampaikanlah ilmu yang kita perolehi itu. Lengkapkanlah kehidupan kita didunia ini untuk bekalan diakhirat. Kehidupan kita ni, tak lama..sekejap je..bila2 masa ALLAH boleh ambil nyawa kita. Keduanya, sebelum membuat sebarang keputusan itu, pertimbngkanlah dengan sewajarnya supaya keputusan itu yang paling utama mndapat keredhan Illahi. Sahbat2 gunakanlah ‘solat istiharah’ itu sebagai pembuatan keputusan yang paling baik kerana ia datannya daripada ALLAH. Akhirnya, jadikanlah diri kita ni sebgai pokok kelapa kerana dari batang hingga ke buahnya member manfat kepada manusia. Jadilah kita seorang yang dalam sesuatu perkara itu memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, orang sekeliling serta  kepada ISLAM khususnya.

Sekadar itu sahaja renungan melalui pengalaman. Semoga ilmu yang sedkit ini, member manfaat kepda shbt2. InsyaALLAH

Leave a comment

Filed under TazKiRah

Balasan orang yang tidak menunaikan solat

Pengetahuan bersama….. …
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya”.

Leave a comment

Filed under TazKiRah

FITNAH TERHADAP WANITA MUSLIMAH

naurah musfirah

 www.halaqah.net

Editor:PenaHalaqah

 

 Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.

Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,”kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!”

Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.

Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama’ d Madinah.

Ada ulama’ yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi. Ulama’ Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.

Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a. Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),”katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?”Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,”Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!”

Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,”Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta’ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.

Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat…”. Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!

Leave a comment

Filed under MusLimah SoleHah