tazkirah hari ini…
Abdul Aziz bin Abu Rowwad baerkata : “Ada tiga perkara dari gudang-gudang syurga iaitu :
1. Menyembunyikan perasaan duka pada saat ditimpa musibah.
2. Menyembunyikan penyakit.
3. Menyembunyikan sedekah
tazkirah hari ini…
Abdul Aziz bin Abu Rowwad baerkata : “Ada tiga perkara dari gudang-gudang syurga iaitu :
1. Menyembunyikan perasaan duka pada saat ditimpa musibah.
2. Menyembunyikan penyakit.
3. Menyembunyikan sedekah
Hari ni merupakan Majlis Perkahwinan Kak Rahmah dan Kak Im…Kak Rahmah di Klang manakal Kak Im di Johor. Mereka berdua ni merupakan ahli Ukhuwah Club..Namun begitu, kami hanya sempat ke majlis Kak Rahmah kerana lebih dekat berbanding majlis kak Im..
Actually, tidak merancang sangat nak p sebab exam. Namun, sebagai seorang sahabat kita tidak boleh la mementingkan diri sendiri..maka luangakn juga masa untuk menghadiri majli perkahwinan. Erm..berbalik cerita tadi..semalam yakni hari Jumaat kami merancang nak p. Kami sewa kereta…so, yang pegi saya, Rahmah, Firdaus dan Fikri..kami pergi berempat..ahli2 yang lain sume xdpt p memandangkan masing2 ada hal lain…

kak rahmah dan suami
Kami bertolak kul 8.30 pagi..awalkan..actually singgah rumah saya jap..sebab dekat je dengan umah kak rahmah. Tiba di rumah saya lebih kurang pukul 10 pagi..saja kenalkan sahabat2 dengan mak ayah..makan, minum dan borak2 jap ada lah lebih kurang kul 11..

Antara yang hadir: fikri, abg syiful(alumni)
Jam 11 pagi kami bergerak ke rumah kak rahmah…sebelum tu singgah p bli hadiah jap..nak tau kami bg hadiah apa????hahaha..adalah..biarlah rahsia…nak tau Tanya kak rahmah.hadiah tu wakil dari Ukhuwah Club..
Tiba di rumah kak rahmah jam 12 tgh hari…makan, jumpa alumni2 UC kat sana, berborak dan bergambar…lebih kurang jam 1 pagi kami pon bertolak pulang ke kampus…
Nak kata penat tu tak lah…tp, letih sebab panas terik..jalan pun banyak kereta..
Akhir kata,
Syukran pada Ustaz Firdaus yg memandu, ustaz Fikri menjadi PA kepada pemandu…he3..kepada Rahmah juga..syukran(antara saya n rahmah je tau..he3)..
Ucapan dan doa untuk pasangan mempelai..
TAHNIAH!!! Selamat Pengantin Baru diucapkan..semoga berbahgia hingga ke akhir hayat..
Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH..selamanya..
Kami doakan akak menjadi isteri yang solehah…dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri
Syukran menjemput kami..
Salam..
Rabu baru2 ni…saya berkesempatan menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh pensyarah di surau fakulti..
Semasa sesi soal jawab..seorang sahabat bangun dan bertanyakan soalan:
“salamualaikum..ustaz. Ana nak tanya.bagaimana cara kita nak menegur ibu bapa/org yg lebih tua.yakni, pendekatan yang seharusnya digunakan untuk nak mengajak ibu bapa ke arah yang lebih baik?”
Ustaz menjawab:
” Erm..saya xdapat nak kenalpasti cara yg terbaik. Sebab tiada pengalaman kpd org yg lebih tua.”
namun begitu ustaz meneruskan ulasan beliau
“Saya ada pengalamn dengan adik sy sendiri. Dia ni lain sikit dr family yg lain. puas sy fikir cr mcmmane nak tegur..yela, darah dgg sendiri. Fikir py fikir..saya tulis satu surat bg dia bc..dlm surat tu sy tulis mcm2..n then Alhamdulillah..berkesan..dan dia kini dah pun berubah menjadi yg lebih baik”
Ustaz juga ada menyarankan kepada sahabat yg bertanya tadi
” Buat solat hajat untuk ibu bapa kita, doakan mereka..supaya dibukakn pintu hati. Hidayah itu milik ALLAH..hanya kpd ALLAH shj kita bermohon”
Harapnya, secebis ilmu yg saya kongsikan ini..membantu sahabat2
Pernah dulu, sahabat sy kata…
petua nak lembutkan hati orang..”bacakan surah yassin dan sedeqahkan kpd org yg nk dilembutkan hati tadi, InsyaALLAH”
wallahua’alam..
Salam hormat dan salam ukhwah.
Semalam salah seorang sahabat kami di Ukhwah Club telah kehilangan bonda tercinta pd jam 10.30 malam. Arwah meninggal dunia di ICU,Hospital Serdang. Sahabat kami ini bernama Nur Munirah bt Suib. Telah lebih kurang sebulan emak nya dihospital. Kepada sahabat seperjuangan kami Muni…tabahkan hatimu dik..saat orang lain bergelumang dengan buku2 dan nota2 utk peperiksaan, Muni bersengkakng mata menjaga arwah ibunya yang tersayang.
Jam 3 pagi semalam ada sebahagian sahabat Ukhuwah Club yang ke sana utk menziarahi Muni dirumahnya dibangi. Jam 8 pagi tadi kami di ahli semasa Ukhuwah Club serta alumni Ukhuwah Club telah bergerak ke rumah Muni utk ziarah dan solat jenazah.
Jenazah siap dimandikan dan dikafankan lebih kurang jam 9 pagi. Seterusnya, disolat jenazahkan untuk kali pertamanya jam 10.30 pagi. Jenazah telah dikebumikan selepas solat jumaat atas sebab2 tertentu.
Fakta:
- semalam pagi juga kakak Muni telah melahirkan anak di Hospital Serdang
- dan seorang kakaknya lagi, tengah menunggu saat melahirkan anak juga di Hospital yang sama
- Jam 10.30 malam ibunya kembali ke rahmatullah
Di pihak saya, saya mendokan arwah ibu muni ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Semoga jenazahnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Kepada Muni khasnya, semoga diberikan kekuatan oleh ALLAH, dugaan yang hebat untuk Muni. Sabar ye dik…ALLAH menyayangi muni…hanya ALLAH yang lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA. Kepada seluruh ahli keluarga Muni..kuatkan semangat, terutamanya akak2 muni..kami tau akak2 seorang yang tabah. Melihatkan wajah akak2 yang redha itu menjadi penguat kepada adik2 dan ahli keluarga yang lain.
Kepada sahabat2 seperjuangan Ukhuwah Club:
Semoga ikatan ukhuwah antara kita menjadi pembakar semangat antara satu sama lain. Semoga pahitnya perjuangan, peritnya dugaan dan cabaran, sukarnya mehnah dan tribulasi yg kita tempuhi bersama menjadi api yang menyemarakkan haruman kemanisan dlm perjuangan menegakkan agama ALLAH ini. Lihatlah keindahan jika pertemuan dan perpisahan itu hanya kerana ALLAH semata- mata. Ukhuwah Fillah…sahabat2 ku…rapatkan ukhuwah, semarakkan kasih sayang antara kita…InsyaALLAH itulah merupakan kekuatan bagi sebuah Jemaah Islamiyah.
Wallahua’lam
Assalamualaikum kepada semua sahabat- sahabat yang masih sudi bertamu di blog saya yang sudah lama x update ini.
Alhamdulillah, hari ni dah selesai paper ke-3 untuk final exam semester ini. Masih ada 2 paper menanti iaitu pada 5hb dan 7hb Mei nanti. Tiada apa yang boleh dikomen untuk paper2 yang sudah lepas. Cuma berdoa sentiasa supaya dilembutkan hati lecturer untuk memeriksa jawapan untuk soalan2 yang ditanya. Setakat ni, Alhamdulillah sudah berusaha dan telah pun cuba buat yang terbaik untuk exam. Moga keredhaan dan keberkatan dari ALLAH mengiringi perjuangan dimedan pepriksaan ini hingga ke akhirnya. InsyaALLAH
Rindu rasa nak update blog namun akibat kekangan masa, maka tangan- tangan ini tidak tergamak untuk menaip coretan- coretan terkini untuk dimuatkan dalam blog. Sebenarnya banyak sangat nak dikongsi, setiap hari banyak perkara yang berlaku. Setiap saat juga lah, diri dan hati kita ini sentiasa uji. Dan ujian- ujian inilah sebenarnya yang mematangkan diri kita serta menjadi pedoman dalam kehidupan.
Wahai sahabat2 ku, sedar tak bahawasanya kehidupan kita di dunia ini adalah suatu proses pembelajaran. Mengapa saya katakan hidup ini suatu proses pembelajaran??Cuba sahabat2 imbas kembali saat kita lahir ke dunia..sehinggalah sahbat2 sudah dewasa?? Adakah tanpa proses pembelajaran, mampukah kita hidup seperti sekarang? Bagaimana kita belajar merangkak, bertatih, berjalan, sehinggalah kita mampu berlari…semuanya melalui proses pembelajaran.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana kita masih diberi peluang bernafas di bumi milik Tuhan ini. Bersyukurlah kerana sepanjang hidup kita di dunia ini, kita diberikan berbagai2 ujian, cabran, dugaan,mehnah dan tribulasi. Segalanya adalah untuk mematangkan kita. Ujian yang diberikan kepada kita adalah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai orang yang boleh membezakan sesuatu itu betul atau salah, baik atau buruk dan yang paling penting sekali ialah dosa dan pahala.
Jika kita pernah jatuh di suatu lobang ditepi jalan, adakah ketika lalu di tepi jalan tersebut untuk kali keduannya kita akan terjatuh juga dilobang yang sama? Pastinya, kejadian tempoh hari mengingatkan anda bahawa disitu terdapat sebuah lobang maka kita kan berhati- hati agar tidak terjatuh untuk kali keduanya..
Disinilah kita dapat lihat konsep pembelajaran itu dari perspektif kehidupan kita di dunia ini. Setiap saat, setiap waktu kita perlu mebuat suatu keputusan untuk meneruskan kehidupan kita. Contohnya, untuk makan. Samada memilih untuk makan atau tidak,kalau ya..pukul berapa..dimana… lihat perkara sekecil itu pun kita perlu membuat keputusan..
Sahabat2 sekalian, apa yang cuba saya kongsikan disini ialah pertamanya jadikanlah iman dan taqwa itu sebagai panduan dan bekalan hidup kita. Carilah ilmu sebanyak mungkin, maka selepas itu pula amalkan dan sampaikanlah ilmu yang kita perolehi itu. Lengkapkanlah kehidupan kita didunia ini untuk bekalan diakhirat. Kehidupan kita ni, tak lama..sekejap je..bila2 masa ALLAH boleh ambil nyawa kita. Keduanya, sebelum membuat sebarang keputusan itu, pertimbngkanlah dengan sewajarnya supaya keputusan itu yang paling utama mndapat keredhan Illahi. Sahbat2 gunakanlah ‘solat istiharah’ itu sebagai pembuatan keputusan yang paling baik kerana ia datannya daripada ALLAH. Akhirnya, jadikanlah diri kita ni sebgai pokok kelapa kerana dari batang hingga ke buahnya member manfat kepada manusia. Jadilah kita seorang yang dalam sesuatu perkara itu memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, orang sekeliling serta kepada ISLAM khususnya.
Sekadar itu sahaja renungan melalui pengalaman. Semoga ilmu yang sedkit ini, member manfaat kepda shbt2. InsyaALLAH
Pengetahuan bersama….. …
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya”.
naurah musfirah
Editor:PenaHalaqah
Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,”kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!”
Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama’ d Madinah.
Ada ulama’ yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi. Ulama’ Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.
Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a. Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),”katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?”Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,”Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!”
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,”Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta’ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.
Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat…”. Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!
Salam’alaik kpd pembaca2 setia blog nie.
Semalam hari sabtu, hari yang sangat bahagia bagi saya. Actualy sy cadang nak study HR untuk mid term 25 Feb ni. Namun begitu, hari jumaat malam tu. Saya dapat sms dari kak haz..yang minta bantuan untuk jadi urusetia untuk PAMERAN BUKU BANGI, di PKNS dari 19 Feb hingga 1 Mac ini. Tanpa berfikir panjang saya terus menerima pelawaan tersebut. Jam 10.15 pagi saya bergerak ke rumah kak haz dari Kolej Kediaman saya. Tiba di umah kak haz jam 10.30, Alhamdulillah langkah kanan. Sarapan kat umah kak haz dulu. Padahal dah sarapan dah kat bilik. He3. Jam 10.45 kami bertolak ke PKNS dengan menaiki kereta kak haz. Labih kurang 11 pagi kami pon tiba di sana.
Sesampai di sana buat la ape yg patut. Kemas meja urusetia, susun2, n lain2. Kami berdua jaga kaunter urusetia. Memang seronok…sebab sekitar saya adalah buku. Walaupun masa tux round lagi tengok2 buku..tp, aura tu sangat terasa. Setakat nie, jika ada pesta buku di mana2 InsyaAllah saya xkan lepaskan peluang. Kadanag2 habis gak la dalam RM100- RM200. Pegi pulak bukan sekali..he3
Keje dok kat kaunter tu ialah beri maklumat dan menguruskan beberapa pertandingan serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Memang prlu banyak cakap n promosi. Mungkin ramai xsedar…saya sebenarnya ada bakat dalam bab promote2 nie. Actually, saya sendiri xperasan kelebiha nie. Dulu masa kat matrik kami ade wat carnival usahawan n terbuka kepada mana2 pelajar nak meniaga. So, tutorial kami nie amek la peluang nak meniaga. Kami meniaga ayam goreng, kentang, bebola, nugget dan rojak buah dan float. Bende tu saya yang manage coz sy bawak cdgn tu pd kwn2 setutorial. Pada mulanya memang susah nak yakinkan orang. Saya pon rancang..mcm mane nak dptkan modal. Akhirnya, decide sorg bagi RM10, ahli tutorial ade 20 orang. So, permulaan dengan RM200. So, 3 hari meniaga..penat xpayah cakap lah. Pada mulanya, hari pertama meniaga semua mcam segan2. Tapi, tengok gerai2 lain promosi hebat so, kami pon wat promotion habis.hu3.name pon dak akaun. Masa tu lah kwn2 bagitau..dorg suke tengok cara saya tarik pelanggan. Bukan nak perasan..tp, tu lah yg kwn2 ckp. Seperti yg saya cakap saya xsedar pon bende tu. Selepas dari sy kuar matrik sya masuk UKM n bende tu juga la yg sy buat. Saya akan promosi ape shj yang sy rasa baik dan beri manfaat sehingga dapat yakinkan orang.
Mengenai pesta buku, sahabat2 yang lain belum menjenguk lagi ke situ. So, semalam sya pon promote habisla kat dorg. Actually, saya xder la hadam sungguh pasal pesta buku. Tp, sy bercakap melalui penglihatan dan pengalaman saya masa kat pesta buku semalam. Saya, ada cadngkan beberapa buku pd shabat2 saya.
Semalam sahaja saya beli 2 buah buku, 1 majalah 2 buku tersebut untuk hadiah pada 2 sahabat seperjuangan saya…
- buku yang pertama tajuknya ‘ CINTA rumah Hassan Al- Bana’ harga RM13 tapi dapat diskaun RM12.
- buku yang kedua tajuknya ‘ Tundukkan HATI’ oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Harga RM15 dapat diskaun RM13.50.
- Majalah baru di pasaran ialah ‘SOLUSI’ keluaran 4 yang membincangkan pasal ‘ HATI’ penerbit ialah telaga biru. Harga RM10 dapat diskaun RM8.50
BUKU IMPIAN SAYA:
1) HADIAH UNTUK MUSLIMAH oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dengan harga RM30 xsilap saya. InsyaAllah saya akan beli pada hari ni.
2) FIQH WANITA MODEN penerbit Al- Azhar Media harga RM12.50 dapat diskaun RM8.
3) TUNDUKKAN HATI oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat harga RM 15 dapat diskaun RM13.
BUKU WAJIB SETIAP SEORANG:
1) HADIS 40
copy paste from ukhuwah.com
Entri ni saya copy dan paste dari buku yang saya baca tajuknya tentang cinta..betapa kita tidak perlukan alasan untuk mencintai seseorang, hanya perlu membukapintu hati kita untuk menerima dan memberi cinta itu..renungkanlah the moral of this story..
Kisah cinta luar biasa
Memberi bukan untuk menerima
Mata saya memandang pusara Mak Lang. di sebelahnya pusara suaminya Pak Lang. saya tersenyum. Terbayang satu-persatu episod kenangan saya bersama mereka. Pak Lang meninggal sewaktu saya baru memulakan pengajian di universiti, mnakala Mak Lang pula menyusul tiga bulan kemudian. Mereka meninggal atas sebab biasa – kata orang sakit tua. Mak Lang seingat saya berusia 80 tahun ketika meninggal dunia, Pak Lang mungkin lebih lagi.
Mak Lang terutamanya tidak mengajar tentang inmu rumahtangga, tapi saya banyak belajar dari cerita-cerita dan amalannya.
“Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang?” tanya saya.
“Eh, kau ni..Pak Lang lau tu panas juga orangnya. Ada lah gaduh, tapi tak selalu..”
“Kalau gaduh, Mak Lang buat apa?”
“Pak Lang kau tu cepat reda, datang lah dia memujuk.”
“Wah, romantik juga ye. Apa kata-kata pujukan Pak Lang?” usik saya.
“Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah.. dia pujuk. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang..kemudian dia kata, jom masak sama-sama.”
“Apa kau tanya-tanya ni.. Mak Lang bukan pandai sangat. Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi.”
“Taklah Mak Lang, saya cuma nak dengar kisah-kisah Mak Lang. dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya,” akui saya terus-terang.
“Garang-garang pun dah suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang kamu..”
“Maksud Mak Lang?”
“Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang nanti mesti begitu, begini.. hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakadnikahkan. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti.. kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak-anak.. Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat sahaja. Tak pandai pasang angan-angan.”
Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengetahui falsafah ilmu rumahtangga. Tetapi hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.
“Mak Lang belajar urut-urut tak?”
“Manalah ada.”
“Habis.. kata Pak Lang dulu Mak Lang pandai mengurut?”
“Gurau dia saja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhencot-hencot dia balik ke rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan saja. Baik pula. Sejak tu, bila apa-apa sakit, dia cari Mak Lang.”
“Mak Lang tahu cakar harimau?”
“Apa tu?”
“Eh, tak ada lah. Apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni?”
“Urut dengan hati kita..kerana sayang, kasihan, kasihkan dia. Bukan sekadar nak ambil hati.”
“Kerana nak beri kasih sayang, bukan nak dapat kasih sayang?” Tanya saya.
“Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap-cakap macam tu.”
“Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak Lang?”
Dia diam tiba-tiba. Tapi Mak Lang memang relaks. Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak Lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa. Berdoa, baca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempurnaan jenazah.
“Sembang-sembang Pak Lang kamu…” katanya pendek.
“Sembang-sembang saja?” ujar saya hairan.
“Ya, sembang-sembang Pak Lang kamu adalah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang dia memujuk, memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih..”
“Bila Pak Lang suka sembang?”
“Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersembang sewaktu Mak Lang membuai anak..dia lipat kain. Sekali-sekala sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tidak pernah tinggalkan ialah sembang malam. Sembang-sembang menjelang tidur.”
Saya senyum. Dengan pemikiran yang simple, bahasa dan istilah yang mudah Mak Lang berkisah – praktik ilmu-ilmu motivasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya orang kampung, mereka hanya menulis dalam kehidupan. Berceramah dengan amalan harian.
“Siapa yang kuat sangat nak hantar anak-anak belajar tinggi?” Tanya saya.
“Kami berdua. Tak nak anak-anak susah.. Pak Lang kamu tak belajar tinggi. Setakat tahu baca dan mengaji sahaja. Tapi dia yakin, nak berjaya masa akan datang mesti dengan ilmu.”
Anak sulung mereka menjadi seorang jurutera. Manakala yang kedua menjadi seorang guru. Ketiga, polis dan yang bongsu seorang doktor.
“Mak Lang mengajar mengaji kan?”
“Mak Lang tekad. Anak-anak mesti khatam al-Quran di tangan Mak Lang sendiri. Wuduk, solat, taharahnya dah diajar sekolah. Pak Lang cuma tengok perbuatannya di rumah. Dia garang, tak berani anak-anak nak tinggal solat..dirotannya!”
“Apa falsafah hidup Mak Lang?”
“Mak Lang tak pandai.. Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. rasa kami sama, sebab selalu bersama..”
“Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama.. Kenapa Mak Lang?”
“Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang selalu buat macam ni.. Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya, Mak Lang rasa dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada..yang ada Cuma Pak Lang.”
Wah, ini lebih tinggi daripada prinsip 7 habits, Steven Covey – Seek to understand than to be understood.
“Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?”
“Sekali sekala datang juga pertanyaan macam tu. Tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan..”
Ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumahtangga – unconditional love.
Saya renung buat kesekian kalinya pusara Mak Lang. Sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. Namun setelah saya berumahtangga kini, terbayang satu-persatu kata-kata bersahajanya. Mereka bukan wira yang perlukan tunggu kenangan. Atau negarawan besar yang perlu diberi pangkat atau gelaran. Mereka hanya manusia biasa, yang menjadi luar biasa dengan sikap biasanya – jujur, telus dan tulus. Memberi bukan untuk menerima!
p/s: cinta yang sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan kelebihan dan tidak pula berkurang kerana kesalahan dan kelemahan
Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama) dan dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Justeru, timbul idea bagi budak tersebut untuk mengetahui yang manakah benar di antara tukang sihir dan rahib. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut sekiranya rahib itu yang benar, Lalu binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran itu.
Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit, antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak sambil ia berdakwah dengan memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap sabar dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai. Lalu tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta. Tanpa berlengah, dia pun pergi kepada budak tadi untuk berubat. Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.
Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis lalu raja berasa hairan apabila melihat pegawai itu tidak buta lagi. Maka dia bertanya: “Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu”. Lalu pegawai tersebut menjawab : “Tuhanku”. Maka raja tersebut bertanya lagi: “Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku?”. Pegawai itu menjawab : “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah”. Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu kerana ia boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Raja telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai budak tersebut.
Apabila budak tadi datang ke istana… raja itu menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya. Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir. Sebaliknya budak itu mengajak untuk beriman kepada Allah s.w.t yang Esa.
Apabila raja mengetahui tentang kewujudan rahib, maka diazabnya rahib itu agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah badannya dibelah dengan gergaji. Rahib itu meninggal dunia dalam keadaan mempertahankan aqidahnya. Selepas itu, raja telah merancang untuk membunuh budak itu pula dengan dibawa budak itu ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam. Lalu budak itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu. Maka kembalilah budak tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.
Selepas gagal cubaaan pertama, lalu budak itu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan , lalu berdoalah budak tadi kepada Allah. Doanya dimaqbulkan dan kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya. Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut orang ramai terutamanya berkaitan dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Budak itu meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada pokok. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata : “Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!”. Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang disuruh oleh budak itu.
Raja berasa lega apabila budak itu pun meninggal dunia, namun tiba-tiba raja diberitahu bahawa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah beriman kepada Allah. Raja itu pun dengan segera mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang beriman kepada Allah ke dalamnya. Namun, semua orang yang beriman itu lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia, begitulah pendirian orang mukmin yang sebenarnya.
Ada seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu agak teragak-agak untuk terjun ke dalam parit yang dipenuhi api yang bernyala kerana memikirkan tentang bayinya itu, lalu dengan izin Allah s.w.t bayi kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana mereka berada di dalam kebenaran.
Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa yang bermaksud : “Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Buruuj: 4-11)” .
PENGAJARAN KISAH
1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu. Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya.
2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan orang yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang diperolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayah oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman dan keyakinan.
5. Orang kafir sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana digergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam parit api.
7. Dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.
8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untuk menyesatkan manusia.
9. Mereka yang benar-benar yakin, istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.
Kesimpulan
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya. Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.
Seperti kisah Rasulullah s.a.w dengan pamannya Abu Talib:
Abu Thalib menemui Rasulullah saw, dan berkata, ”Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya kaum Quraisy datang menemuiku. Mereka mengatakan begini dan begitu. Maka tetaplah atasku dan atas diriku, dan janganlah engkau membebaniku dengan urusan yang tak sanggup kuatasi.” Rasulullah SAW mengira Abu Thalib terganggu karena perkara beliau ini, tidak mampu lagi melindungi dan berdiri bersama beliau.
Maka beliau berkata, “Wahai paman! Demi Allah! Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan ini, niscaya aku takkan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya, atau aku binasa.”
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)